Wednesday, 16 January 2013

APAM SNOW WHITE

Assalamualaikum...

               Apa kabar semua ? Semoga sihat yerr. Kalau tak sihat jangan malas nak ke klinik & jangan takut makan ubat . Nanti lambat sihat... hehehe ...  Apa2 pun yang terjadi ada hikmah di sebaliknya . Tak nak bercerita panjang lebar . Terus pada entry kali ini nak kongsi Apam Snow White dengan semua . Apam ni gebu kejadiannya ... Apam ni sesuai untuk orang yg tak berapa suka manis macam aku ... Dimakan pula dengan kelapa parut [muda] campur garam ... Tapi kalau tak nak pun takpe ... Ok jer ... Ikut citarasa masing2 yerr ... Apam ni sesuai untuk sarapan pagi & minum petang . Makan malam pun boleh jer ... Sesuai juga untuk majlis harijadi , bacaan Yaasin , serta lain2 lagi lah ... Terpulanglah kepada semua ape nak dibuat dengan apam yg satu ni bukan2 ... yg banyak ni ... kan2 ... Tengok apam yg aku buat ni , banyakkan mana boleh buat sebiji jerr ... kecik sangat camner nak adjust resepi ... Ape2 pon ...  Alhamdulillah !!... Projek Apam Snow White hari ni berjalan dengan lancar ... Selesai sudah projek mengapam untuk hari ini ... Ape lagi jom kita tengok & lihat ... Nak order pon boleh ... 





Apam Snow White

x

Tuesday, 8 January 2013

APAM POLKADOT

Assalamualaikum ...

   Selamat menyambut Tahun 2013, semoga tahun ini segalanya berjalan dengan lancar sesuai dengan yang kita kehendaki, InsyaAllah... Alhamdulillah, syukur pada Allah atas rahmat yang diberi. Sungguh tak ku sangka masa sebegitu pantas berlalu meninggalkan aku, tanpa ku sedari kedua-dua anakku sudah memasuki tahap 2 sekolah rendah. Along berada dalam darjah 5 manakala adik darjah 4. Lama sudah blog ini tidak dihuni. Atas sebab2 yg tak dpt dielakkan. Sempena tahun 2013, aku akan pastikan yang aku akan update blog ini dari masa ke semasa andai tiada aral melintang. Aminn.

  Kali ni, nak tunjukkan gambar apam polkadot / apam dot-dot... Apam ni sangat comel... Sayang rasanya nak makan... Sesuai untuk apa jua majlis... Kebiasaannya inti blueberry, namun intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2... Apam polkadot buatan "Eyda Cakes House" sangat lembut & gebuss... Untuk merasai kelembutannya, anda bolehlah menempahnya sekarang... Tanpa perlu banyak berbicara, kita lihat gambar apam yg cute mute ini.....









Apam Polkadot









Wednesday, 31 October 2012

Thursday, 6 September 2012

Segalanya bermula di sini...

Assalamualaikum & selamat pagi semua,
  Sudah lama rasanya aku menyepi. Sepi dari mengupdate entry. Kerana kekangan masa dan masalah teknikal.  Sarang labah2 pastinya ada seandainya blog ini adalah sebuah rumah. Mesti  menyeramkan setiap orang yang lalu lalang. Namun, mulai saat ini, ianya akan  ku bersihkan dengan jari-jemariku ini. Aktiviti akan dimulakan dan akan diteruskan. In Shaa Allah.

Buat pertama kalinya, setelah sekian lama perkongsian cerita akan bermula. Kali ini nak kongsikan gambar2 empunya diri semasa menghadiri Kelas Oreo Cheesecake, Cotton Japanese Cheesecake & Pizza yang diadakan di Kolej Komuniti Segamat. Tenaga pengajar yang terlibat adalah sepupuku sendiri iaitu Puan Ida. Wahh..bangganya ade sepupu yang terlibat dalam bidang bakery nie.

Okey lah, tak nak membebel panjang.
Kita layan gambar2x

Thursday, 16 August 2012

KEK HARI LAHIR

Assalamualaikum... 
                
                      Selamat pagi semua . Dah sarapan ke belum ? Makan ape pagi ni . Amboiii.. makan sampai tak nampak orang lalu depan mata yerr . Makan pagi ala kadar saje ye, sekadar untuk mengalas perut . Takut nanti kalau dah kenyang sangat mata mengantuk plak . Nanti melengkar cam ular . Dah malas nak wat keje . Janganlah sampai jadi cam gitu tau . Takpe makan sikit pon, tengah hari nanti kita makan lah plak kan.  Cam biasa , kita tengok entry kali ini . 

                           Entry kali ni, pasal kek hari lahir lagi . Biasalah tu , masa anak kecik , kita plak yg excited ngan hari lahir anak2. Tak terkecuali aku . Masa anak2 kecik dulu , aku selalu sambut birthday diorang . Sambut satu family jer, potong2 kek saje2 . Takdelah buat besar-besaran .  Kek kali ni tempahan dari adik iparku, buat anak lelakinya yg sorang ni . Anak baru sorang . Baru masuk 3 tahun . Dia kata nak kek cam yg biasa aku wat tapi  coklat . Aku pon  wat lah "Choc Sponge Cake" jerr . Masa ni aku sibuk sangat ngan kuih raya , kek , choc & kerepek . Bisnes aku setiap kali datangnya raya . Aku wat kek ni sebelum aku balik kg untuk berhari raya . Inilah yg terjadi .





Wednesday, 23 November 2011

sesuatu yang amat bermakna

salam semua,



semoga hari ini seindah hari2 yang sebelumnya...hari ini nak tunjukkan sesuatu....ape yekk ?? ........x pernah aku duga dapat menghasilkan kek, kuih-muih, biskut, coklat, pastri serta banyak lagi ...panjang sangat nak disenaraikan...pendek kata kini aku mampu menerima tempahan untuk sebarang majlis seperti majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan dan lain2... sebelum tu nak berterima kasih terlebih dahulu kepada insan yang terlibat "encik suami ~ Che Redzuan, sepupuku Puan Hamidah, 2 orang puteri kesayanganku Nurul Asyiqin & Nurul Insyirah serta orang di sekelilingku" kerana sudi memberi tunjuk ajar , sokongan dan dorongan selama ini . Oklah... tak nak bercerita panjang lebar lagi... Jemputlah mencuci mata.. Ape lagi .. Jomm..

Sponge Cake
                                                               

Roti Sosej


Roti


Mini Pizza


Roti Goreng untuk difrozenkan


Pizza

Tuesday, 1 November 2011


cupcakes yang diperbuat olehku
salam....

xde ape2 yg special , cuma nk ajak view bersama kek yg dibuat ini.....

Tuesday, 26 July 2011

KEK HARI LAHIR

Assalamualaikum...


               Salam untuk semua , ceriakan hari ini dengan senyuman yg manis . Semanis krim mentega buatan  "Eyda Cakes House" ... Senyum membahagiakan ... Senyum kepada semua ... Senyumanmu amatlah berharga ... Dengan senyuman terjalinlah ikatan . Cuma senyum tak perlu kata apa2 . Lagipun orang kata senyum tu awet muda . Entah betul entah tidak . Tepuk dada tanya selera . Bukan tanya selera nak makan ape yerr ? Melalutlah plak aku ni . Ape2 pon kita terus pada entry untuk kali ini ye . 

Entry kali ni , pasal kek hari lahir . Budak2 suka benar kalau dapat kek hari lahir apatah lagi nak menyambutnya . Kali ni tempahan dari rakan sekerja suamiku merangkap jiran. Kami tinggal berdekatan . Tempahan melalui suamiku . Tak payah susah2 nak hantar , customer ambik sendiri . Kek ni dia tempah sempena hari lahir anaknya yg duduk di asrama . Dia tempah kek seberat 2kg . Dia nak yg simple jerr ... Jomm ... tengok gambar kek ...

Siap deco , nk masuk peti.

Duduk diam2 yerr...

Tunggu customer ambik ... 




Monday, 23 May 2011

Smart Herbs

order diterima

Sebelum ini mak telah menjual pelbagai jenis produk . Tak perlu nak  jelaskan secara terperinci. Cuma nak tunjukkan produk yang mak jual sekarang ni.........