Salam untuk semua , ceriakan hari ini dengan senyuman yg manis . Semanis krim mentega buatan "Eyda Cakes House" ... Senyum membahagiakan ... Senyum kepada semua ... Senyumanmu amatlah berharga ... Dengan senyuman terjalinlah ikatan . Cuma senyum tak perlu kata apa2 . Lagipun orang kata senyum tu awet muda . Entah betul entah tidak . Tepuk dada tanya selera . Bukan tanya selera nak makan ape yerr ? Melalutlah plak aku ni . Ape2 pon kita terus pada entry untuk kali ini ye .
Entry kali ni , pasal kek hari lahir . Budak2 suka benar kalau dapat kek hari lahir apatah lagi nak menyambutnya . Kali ni tempahan dari rakan sekerja suamiku merangkap jiran. Kami tinggal berdekatan . Tempahan melalui suamiku . Tak payah susah2 nak hantar , customer ambik sendiri . Kek ni dia tempah sempena hari lahir anaknya yg duduk di asrama . Dia tempah kek seberat 2kg . Dia nak yg simple jerr ... Jomm ... tengok gambar kek ...



No comments:
Post a Comment