Assalamualaikum ...
Selamat menyambut Tahun 2013, semoga tahun ini segalanya berjalan dengan lancar sesuai dengan yang kita kehendaki, InsyaAllah... Alhamdulillah, syukur pada Allah atas rahmat yang diberi. Sungguh tak ku sangka masa sebegitu pantas berlalu meninggalkan aku, tanpa ku sedari kedua-dua anakku sudah memasuki tahap 2 sekolah rendah. Along berada dalam darjah 5 manakala adik darjah 4. Lama sudah blog ini tidak dihuni. Atas sebab2 yg tak dpt dielakkan. Sempena tahun 2013, aku akan pastikan yang aku akan update blog ini dari masa ke semasa andai tiada aral melintang. Aminn.
Kali ni, nak tunjukkan gambar apam polkadot / apam dot-dot... Apam ni sangat comel... Sayang rasanya nak makan... Sesuai untuk apa jua majlis... Kebiasaannya inti blueberry, namun intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2... Apam polkadot buatan "Eyda Cakes House" sangat lembut & gebuss... Untuk merasai kelembutannya, anda bolehlah menempahnya sekarang... Tanpa perlu banyak berbicara, kita lihat gambar apam yg cute mute ini.....
![]() |
| Apam Polkadot |




No comments:
Post a Comment